Jalan Ini - Nukilan seorang akhwat


27/1/2012 - Jumaat

Cuti masih berbaki lagi 2 hari, namun esok, insyallah awal2 pagi lagi akan bertolak ke kb, menghadiri AGM, dan kemudian terus bertolak ke ipg tercinta, chewah :D Insyallah, perjalanan esok bakal ditemani Kak Asma'. Hee, klu nak harapkan saya seorang, ralat juga nak drive seorang diri dari kb ke besut tu. Moga2 diberikan kesihatan yang baik untuk menghadiri AGM nanti, sekarang berada dalam kondisi yang tidak begitu baik. Moga2 ia menjadi kifarah dosa untukku..

Owh ye, sebentar tadi baru sahaja dapat berita ttg kelahiran cahaya mata pakcik Zulhairi n Kak Zini..Alhamdulillah, bertambah seorg lagi anak sedara, kihkih. Little mujahidah sedang berada di Terengganu skrg ini, moga acik ada peluang pergi ziarah kamu ye syg =) Dapatlah kenal2 Teluk Ketapang di Kuala Terengganu tu nanti.

Beberapa hari yg lalu juga baru menziarah along dan juga Kak Ina yang juga mendapat cahaya mata yang pertama, Muhammad Umar Qhalish namanya, comel dan sihat, tapi saya tak berani nak dukung, sebab dah lama sangat tak pegang baby. Aish, camne ni..hikhik.. :D

Erm, sebagai penutup entri kali ini, saya nak kongsikan karya kreatif daripada seorang akhwat. Moga2 ilham yang dicoretkannya ini mampu memberi manfaat untuk kebaikan ummah.

Wassalam...


KARYA : Jalan Ini


Kenapa aku di jalan ini ?
Bersama kenderaan ini ?
Bersama penumpang-penumpang lain ?
Mengikuti Seorang Si Pemandu yang Setia ,


Jalan ini ,
Bukan seperti hamparan karpet merah ,
Bukan seindah yang di bayangkan,
Bagi mereka yang mencari harum bau Islah ,
Panjang perjalanan ini bisa berakhir di Kampung Halaman ,


Kenderaan ini ,
Dahulu kecil ,
Namun tapaknya teguh.
Semakin hari enjinnya semakin kuat mengaum,
Bisa meredah jalan yang berliku ,
Pantas mencilok di kesesakkan waktu,
Tidak mudah mati jika mengharungi limpahan banjir,

Penumpang-Penumpang ini ,
Dahulunya tidak ada masa untuk bersama,
Tidak betah untuk bergurau senda,
Kini kami semakin mengenali ,
Mengenali antara satu sama lain,
Jikalau dulu senyum pembuka bicara,
Kini bisa menitis air mata jika lama tidak bersua muka,


Wahai Si Pemandu yang setia ,
Tiada kata bisa diungkapkan,
Jerit perihmu mengemudi perjalanan ini,
Tiada yang dapat membalasnya ,
Si Pemandu setia terkadang terbaring lesu ,
Si Pemandu setia terkadang merah muka menahan malu,
Si Pemandu yang setia terkadang berkejar-kejaran bersama waktu,
Si Pemandu yang setia terkadang kehabisan wang untuk memenuhi keselesaan para penumpang,

Namun , Si Pemandu setia tetap mengukir senyum di saban waktu ,
Dalam diam berdoa agar perjalanan ini bisa berakhir di kampung halaman tercinta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Erti buat Diri


ERTI BUAT DIRI


Assalamualaikum warahmatullah...

Entri yang pertama untuk blog ini. Terasa agak janggal untuk kembali menulis, teringat pula pada blog lama yang sudah didelete. Saya masih lagi tercari-cari style penulisan untuk kali ni. Namun, walau apapun moga-moga ruangan baru ini mampu digunakan sebaiknya dalam berkongsi manfaat bersama sesiapa yang sudi menjejakinya =)


Sejujurnya, saya sudah banyak rugi kerana membiarkan sahaja memori yg terjadi berlalu begitu sahaja tanpa apa2 coretan mengenainya. Moga-moga jua ruangan ini dapat digunakan sebaiknya dalam menukilkan apa2 yang memberi erti buat diri sepanjang insyallah 2 tahun lagi perjalanan di ipg ini. Sebut sahaja ipg, teringat pada akhwat2 yang dicintai fillah, rindu benar pada kalian =)


Untuk kali ini, saya ingin berkongsi ttg 1 lagu yang bertajuk Keinsafan Diri. Saya sangat terkesan dengan liriknya.


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilah

Saya tinggalkan entri ini dengan lagu dari kumpulan Fursan ini. Moga ia mampu memuhasabah diri kita =)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS