Erti buat Diri


ERTI BUAT DIRI


Assalamualaikum warahmatullah...

Entri yang pertama untuk blog ini. Terasa agak janggal untuk kembali menulis, teringat pula pada blog lama yang sudah didelete. Saya masih lagi tercari-cari style penulisan untuk kali ni. Namun, walau apapun moga-moga ruangan baru ini mampu digunakan sebaiknya dalam berkongsi manfaat bersama sesiapa yang sudi menjejakinya =)


Sejujurnya, saya sudah banyak rugi kerana membiarkan sahaja memori yg terjadi berlalu begitu sahaja tanpa apa2 coretan mengenainya. Moga-moga jua ruangan ini dapat digunakan sebaiknya dalam menukilkan apa2 yang memberi erti buat diri sepanjang insyallah 2 tahun lagi perjalanan di ipg ini. Sebut sahaja ipg, teringat pada akhwat2 yang dicintai fillah, rindu benar pada kalian =)


Untuk kali ini, saya ingin berkongsi ttg 1 lagu yang bertajuk Keinsafan Diri. Saya sangat terkesan dengan liriknya.


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilah

Saya tinggalkan entri ini dengan lagu dari kumpulan Fursan ini. Moga ia mampu memuhasabah diri kita =)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment